Monday, December 21, 2009

bab : bersuci 2



(sambungan dari bersuci 1...)


# bab ini juga menekankan perkara-perkara sunat dilakukan, diantaranya ialah mengerat kuku mengikut susunan, mencabut bulu ketiak/ari-ari, bersugi/bersiwak, berkhitan bagi perempuan dan lain-lain lagi


# perkara sunat di atas, membangkitkan soal jawab sama ada ia sunat, harus, makruh dan haram. soal jawab tersebut dapat menyingkap kemusykilan terhadap setiap perkara yang hendak dilakukan terutamanya dalam menyucikan diri.




ummie : selepas ini bab najis dan penyuciannya

Wednesday, December 16, 2009

bab : bersuci 1

( buku travelog tak sambung lagi membacanya...dah ada baca yang lain pula, yg ini saya baca secara online di ofis )







buku bertajuk : 501 persoalan fikah wanita


berkaitan tajuk di atas....adalah BERSUCI


  • BERSUCI <=> thoharah (dlm bhs arab) : perbuatan apabila dilakukan membolehkan seseorang mendirikan sembahyang atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan hukum sembahyang seperti berwuduk, mandi wajib dan menghilangkan najis dari pakaian, badan dan tempat. (petikan dari buku 501 persoalan fikah wanita).
  • bab ini menceritakan pembahagian air iaitu air mutlak, air mustakmal, air mutanajis. selain itu ia juga menjelaskan penggunaan air ditadah 2 kolah ( kurang / lebih) dengan berpandukan ukuran-ukuran kolah tersebut.
  • buku ini juga ada beberapa persoalan dan jawapan, diantaranya ialah soalan no. 8, ia menerangkan apa itu beristinjak atau bercebok selepas membuang air kecil atau besar sama ada menggunakan air atau batu.

( bersambung .... )