Tuesday, December 14, 2010

:. travelog iran .:





- buku ini seperti 'diari kehidupan'
- seronok membacanya, ayat-ayat yang dapat difahami denga jelas dan tidak meleret
- banyak yang dapat ditimba dari kisah dalam buku ini


Wednesday, June 30, 2010

:. diari bonda .:






gambar-gambar di atas, buku cerita kisah benar bertajuk 'DIARI BONDA'. dikeluarkan secara bersiri. seronok membacanya dan banyak memberi teladan, motivasi dan pengajaran dalam kehidupan yang penuh cabaran ini. seorang wanita yang teramat kuat semangat dengan ujian yang dihadapinya....
Penulis : Rohani Din
Siri : Diari Bonda 2, Diari Bonda 3 dan Diari Bonda 4 - yang saya baca
Dipinjam dari perpustakaan al-bukhari,uitm pahang

Monday, June 21, 2010

:. petunjuk jalan kekayaan :.


Kategori : panduan & motivasi

Author : Dr. Rusly Abdullah Ph.D (Chef Li)



"Kenapa kita tidak kaya?
Jawabnya kerana kita tidak memperkayakan diri kita sendiri. Setiap hari kita berusaha dan bekerja untuk memperkayakan orang lain" Chef Li


Hidup anda buntu dan sempit?
Anda sedang tercari-cari haluan kehidupan?
Baca buku ini.. cetuskan perubahan!



Dari saya :




buku ini menceritakan kisah benar penulis sendiri dalam mengharungi kehidupan sebagai ahli perniagaan dengan menghadapi pelbagai musibah sehingga ia memperolehi kemenangan dalam menyelesaikan masalah-masalahnya. terkesan pada hati saya akan kisahnya ini.


dipinjam pada april 2010 dari perpustakaan uitm

Wednesday, May 19, 2010

:. menjejaki jutawan senyap .:


Kategori : panduan & motivasi

Author : Dr. Rusly Abdullah Ph.D (Chef Li)

"Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang" Chef Li

Mereka tidak terbilang
Mereka tidak terpandang
tetapi mereka jutawan
Siapakah mereka?
Anda tidak akan tahu sehingga anda menjadi salah satu daripada mereka!



Dari saya:

saya suka akan buku ini. reaksi pertama saya ialah teramat terkejut peniaga-peniaga sendiri memperolehi pendapatan sebanyak itu. kisah-kisah dalam buku ini adalah kisah yang benar dan amat menarik sekali. banyak memberi kesedaran kepada diri saya sendiri.

anda patut membaca dimasa terluang

buku ini ringkas dan bahasanya mudah difahami dengan selingan gambar-gambar kartun dan pantun.




dipinjam pada april 2010 diperpustakaan

Tuesday, March 9, 2010

:: baca buku


sudah lama saya tak coretkan apa yang dibaca di sini.


buku semakin bertambah dalam koleksi, bacanya tidak berkesempatan aje ( alasan orang yg malas gitulah kan ).


ada masa tertentu saya akan baca secara online. di website pts publication ada untuk sesiapa yang nak baca buku-buku tertentu secara online. memang mengasyikkan dan buku dibeli akan terperap dalam almari.




Bintang : 4 bintang


hari ini saya membaca buku bertajuk : BAGAIMANA AKHIRNYA SAYA BERTUDUNG


buku ini mengisahkan beberapa pengalaman mereka untuk menunaikan dan melaksanakan perintah allah s.w.t dalam menutup aurat iaitu bertudung.




jika berkesempatan saya postkan isi kandungan buku ini.

Monday, December 21, 2009

bab : bersuci 2



(sambungan dari bersuci 1...)


# bab ini juga menekankan perkara-perkara sunat dilakukan, diantaranya ialah mengerat kuku mengikut susunan, mencabut bulu ketiak/ari-ari, bersugi/bersiwak, berkhitan bagi perempuan dan lain-lain lagi


# perkara sunat di atas, membangkitkan soal jawab sama ada ia sunat, harus, makruh dan haram. soal jawab tersebut dapat menyingkap kemusykilan terhadap setiap perkara yang hendak dilakukan terutamanya dalam menyucikan diri.




ummie : selepas ini bab najis dan penyuciannya

Wednesday, December 16, 2009

bab : bersuci 1

( buku travelog tak sambung lagi membacanya...dah ada baca yang lain pula, yg ini saya baca secara online di ofis )







buku bertajuk : 501 persoalan fikah wanita


berkaitan tajuk di atas....adalah BERSUCI


  • BERSUCI <=> thoharah (dlm bhs arab) : perbuatan apabila dilakukan membolehkan seseorang mendirikan sembahyang atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan hukum sembahyang seperti berwuduk, mandi wajib dan menghilangkan najis dari pakaian, badan dan tempat. (petikan dari buku 501 persoalan fikah wanita).
  • bab ini menceritakan pembahagian air iaitu air mutlak, air mustakmal, air mutanajis. selain itu ia juga menjelaskan penggunaan air ditadah 2 kolah ( kurang / lebih) dengan berpandukan ukuran-ukuran kolah tersebut.
  • buku ini juga ada beberapa persoalan dan jawapan, diantaranya ialah soalan no. 8, ia menerangkan apa itu beristinjak atau bercebok selepas membuang air kecil atau besar sama ada menggunakan air atau batu.

( bersambung .... )